Pembetulan Lampiran 1.2

Daripada: hamisah@kmail.com

Kepada: suhaila@kmail.com

Subjek:  Konsert Hari Kebangsaan Singapura yang ke-50

Suhaila,

Saya khabar baik. Kamu pula bagaimana? Saya berharap kamu juga dalam keadaan sihat sejahtera.  Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama kita tidak berkirim e-mel. Maklumlah saya sekarang sibuk dengan kerja sekolah yang semakin bertimbun.

Pada tahun yang lalu, saya dan rakan-rakan saya telah diberi tugas merancang dan menganjurkan konsert hari kebangsaan di sekolah kami.  Sambutan yang kami terima selepas konsert tersebut sangat memberangsangkan.  Di sini, saya akan berkongsi bersama kamu beberapa saranan untuk membantu kamu dalam persiapan konsert hari kebangsaan kamu.

Tahun lalu, saya dan rakan-rakan saya telah mengumpulkan beberapa orang pelajar untuk menyanyikan lagu-lagu rakyat. Sepanjang tempoh 50 tahun Singapura menikmati kemerdekaan, banyak lagu rakyat dan lagu hari kebangsaan yang telah digubah khas untuk Singapura. Selain sedap didengar dan sesuai dinyanyikan beramai-ramai, lagu-lagu ini juga mampu menyemarakkan semangat kenegaraan kita.

Selain itu, kami juga telah mendapatkan beberapa orang pelajar untuk berlakon dalam sebuah skit tentang kehidupan di Singapura. Idea ini baik kerana kita boleh memaparkan bagaimana semua kaum di Singapura hidup harmoni bersama. Kamu juga boleh memaparkan rusuhan kaum yang pernah berlaku di Singapura.  Ini akan mengingatkan para pelajar betapa pentingnya sikap toleransi dan saling mennghormati antara satu sama lain dalam negara yang berbilang kaum seperti Singapura.

Yang terakhir, kamu juga boleh mengadakan pameran kebudayaan setiap kaum di Singapura.  Singapura menggalakkan setiap rakyatnya menghormati setiap bangsa, bahasa dan agama yang terdapat di negara ini. Pameran ini akan meningkatkan pengetahuan rakyat Singapura tentang tradisi dan budaya mereka dan kaum-kaum yang lain di Singapura. Dengan cara ini, hubungan antara setiap kaum akan menjadi rapat kerana mereka akan lebih memahami antara satu sama lain.

Semoga saranan-saranan saya di atas dapat membantu kamu dalam persiapan konsert hari kebangsaan kamu. Jangan lupa berkongsi perkembangan persiapan kamu itu dalam e-mel yang akan datang, ya.

Yang benar,

Hanisah

Leave a Reply

Name *
Email *
Website