Bacaan Lantang

Pelajar dikehendaki membaca teks yang diberikan secara lantang dengan lancar, sebutan yang baku, artikulasi yang jelas, intonasi dan tekanan suara yang sesuai.

Bagaimana Mendapatkan Bacaan Yang Baik:

  1. Dengar bacaan seseorang yang dapat membaca dengan baik. Dengar dengan teliti tekanan suaranya setiap kali dia sampai pada tempat tanda baca.  Perhatikan gaya penyampaiannya. Memimik bacaan yang baik boleh membantu kamu membaca dengan lebih lancar.
  2. Baca lantang di hadapan teman/ guru supaya mereka boleh menilai bacaan kamu.
  3. Rakam bacaan lantang kamu dan dengar rakaman tersebut semula untuk menilai sendiri bacaan kamu.
  4. Tonton klip-klip video berikut untuk mendengar contoh bacaan yang bermutu:




Panduan Semasa Peperiksaan Lisan:

  1. Baca sekali lalu petikan yang diberi.
  2. Bahagikan setiap ayat kepada beberapa frasa yang boleh dipisahkan dengan jeda di tempat-tempat yang sesuai.
  3. Bezakan nada suara mengikut ekspresi yang diperlukan dalam petikan, contohnya, nada sedih, gembira, marah.
  4. Cari perkataan-perkataan atau bahagian-bahagian yang sukar disebut atau dibaca. Ulangi menyebut dan membaca bahagian-bahagian yang sukar berkali-kali untuk melancarkan bacaan.
  5. Apabila membaca di hadapan pemeriksa, bacalah dengan jelas dan kuat (tetapi jangan pekik).

Leave a Reply

Name *
Email *
Website