Bas

Entah apa yang menarik sangat tentang bangunan Ikea.  Asal nampak bangunan tersebut, dia akan menyuarakan keinginannya untuk ke sana.  Selalunya, aku tidak menghiraukan rayuannya.

Semalam, Am mencuba nasib bertanya kepada Mamunya, “Mamu nak ajak Am gi Ikea?”

Shah yang memang terkenal dengan ketidakkuasaannya pula bertanya kepada Am, “Ada apa kat Ikea tu?”

“Ada bas…”

“Bas?!  Lagi?  Ada apa lagi kat Ikea tu?”

“Ada pintu bas…”

“Lagi?”

“Ada roda bas…”

Setelah itu, kami semua tolong menokoktambahkan senarai Am… ada tingkap bas, ada kerusi bas, ada hon bas…

Hmm, kalau setakat nak tengok bas, di mana-mana pun ada.  Tak payahlah pergi ke Ikea sekadar untuk tengok bas, Am!

Sebenarnya, Am sangat minat akan bas dan kereta api.  Dia mempunyai pelbagai jenis bas dan kereta api.  Rumah Mama dah jadi pusat pertukaran bas dan terminal kereta api Am.  Di setiap sudut rumah, di atas meja, di bawah meja, di tepi peti sejuk, di belakang televisyen, di celah-celah kusyen, pasti ada bas-bas dan kereta api-kereta api Am.

Ketika Am bermain dan berbual dengan bas-bas dan kereta api-kereta apinya, pasti akan terdengar nama-nama stesyen MRT yang biasa dilaluinya:  Pasir Ris, Simei, Bedok, Tampines.

Am meminati dua buah lagu bas.  Yang pertama ialah lagu nursery rhyme yang dipopularkan oleh si dinosaur ungu dan yang satu lagi adalah gubahan kami sekeluarga.  Lagunya dinyanyikan mengikut irama I Hear Thunder:

The Wheels On The Bus

The wheels on the bus

go round and round (x3)

The wheels on the bus

go round and round

all through the town.

The people on the bus

go up and down (x3)

The people on the bus

go up and down

all through the town. (yeah!)

Double Decker

Double decker (x2)

where are you (x2)

Amsyar wants to board you (x2)

to interchange (x2)

Leave a Reply

Name *
Email *
Website