Kata Penguat

Kata Adjektif

Mind Map created by Syarmila Mi with GoConqr

Pembetulan Lampiran 1.2

Daripada: hamisah@kmail.com

Kepada: suhaila@kmail.com

Subjek:  Konsert Hari Kebangsaan Singapura yang ke-50

Suhaila,

Saya khabar baik. Kamu pula bagaimana? Saya berharap kamu juga dalam keadaan sihat sejahtera.  Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama kita tidak berkirim e-mel. Maklumlah saya sekarang sibuk dengan kerja sekolah yang semakin bertimbun.

Pada tahun yang lalu, saya dan rakan-rakan saya telah diberi tugas merancang dan menganjurkan konsert hari kebangsaan di sekolah kami.  Sambutan yang kami terima selepas konsert tersebut sangat memberangsangkan.  Di sini, saya akan berkongsi bersama kamu beberapa saranan untuk membantu kamu dalam persiapan konsert hari kebangsaan kamu.

Tahun lalu, saya dan rakan-rakan saya telah mengumpulkan beberapa orang pelajar untuk menyanyikan lagu-lagu rakyat. Sepanjang tempoh 50 tahun Singapura menikmati kemerdekaan, banyak lagu rakyat dan lagu hari kebangsaan yang telah digubah khas untuk Singapura. Selain sedap didengar dan sesuai dinyanyikan beramai-ramai, lagu-lagu ini juga mampu menyemarakkan semangat kenegaraan kita.

Selain itu, kami juga telah mendapatkan beberapa orang pelajar untuk berlakon dalam sebuah skit tentang kehidupan di Singapura. Idea ini baik kerana kita boleh memaparkan bagaimana semua kaum di Singapura hidup harmoni bersama. Kamu juga boleh memaparkan rusuhan kaum yang pernah berlaku di Singapura.  Ini akan mengingatkan para pelajar betapa pentingnya sikap toleransi dan saling mennghormati antara satu sama lain dalam negara yang berbilang kaum seperti Singapura.

Yang terakhir, kamu juga boleh mengadakan pameran kebudayaan setiap kaum di Singapura.  Singapura menggalakkan setiap rakyatnya menghormati setiap bangsa, bahasa dan agama yang terdapat di negara ini. Pameran ini akan meningkatkan pengetahuan rakyat Singapura tentang tradisi dan budaya mereka dan kaum-kaum yang lain di Singapura. Dengan cara ini, hubungan antara setiap kaum akan menjadi rapat kerana mereka akan lebih memahami antara satu sama lain.

Semoga saranan-saranan saya di atas dapat membantu kamu dalam persiapan konsert hari kebangsaan kamu. Jangan lupa berkongsi perkembangan persiapan kamu itu dalam e-mel yang akan datang, ya.

Yang benar,

Hanisah

Senarai Kata Sendi Nama

 

KATA SENDI PENGGUNAANNYA
di
  • digunakan untuk tempat
  • dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya
ke
  • digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa
  • dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya
  • tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang
dari
  • digunakan untuk tempat, arah atau masa
daripada
  • digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan
kepada/ akan/ terhadap
  • digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap
bagi/ untuk
  • digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
pada
  • digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
demi
  • digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
 tentang
  • digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan
seperti/
umpama/ laksana/ bagai
  • digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain
dengan
  • digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
sejak/ semenjak
  • digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
oleh
  • digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
hingga/ sampai
  • digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu
dalam/ antara
  • digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak

Surat

  • dalam genggamannya, dua helai kertas surat yang sudah renyuk, serenyuk hatinya
  • dalam surat yang dilampirkan

Tangisan

  • bendungan air matanya pecah
  • beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
  • air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
  • awan mendung bergayutan di pelipis matanya
  • kolam matanya sudah berkaca
  • kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
  • matanya berkaca dan kemudian berair
  • berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata
  • juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya (*)
  • air mata mula tumpah dari tasik bundar
  • matanya mula terasa basah
  • air mata berlinangan
  • matanya yang bulat kini berair
  • mukanya bertukar menjadi merah-padam mengenang nasibnya itu
  • cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
  • tangisan memberi nikmat kepuasan batin
  • titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut matanya

Siang

  • bilah-bilah hari tetap juga datang
  • siang terus bangun
  • tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik
  • suria muda memancarkan sinarnya
  • ketika kokok ayam mula kedengaran, ketika lena tidur penduduk (nama tempat) masih panjang
  • kota ini baru bangun dari tidurnya
  • insan kota bingkas berkejaran di hening pagi tanpa diarah
  • dia menyandang beg sekolah untuk menunaikan tanggungjawab remaja kota seperti semalam dan hari-hari sebelumnya

Senyuman

  • dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang (asmaradanta *) putih bak mutiara
  • senyuman mesra terukir di mulutnya
  • segaris senyuman terukir di bibir / bibirnya
  • mengulum senyuman tipis
  • mengetap bibir tersenyum
  • senyumannya melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa

Rambut

  • rambut panjangnya berjuntai berserabut menutup mukanya
  • menyisir rambutnya lagi ke belakang
  • rambutnya ikal mayang
  • rambut panjang paras bahu yang berombak-ombak cantik

Persahabatan

  • pergaulan yang akrab
  • menjalin hubungan yang mesra
  • persahabatan yang tahan diuji
  • seorang sahabat yang sejati
  • hubungan yang peribadi lagi intim